Disclaimer : "Saya adalah agen berdaftar di bawah Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Blog ini dihasilkan untuk memberi maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia adalah blog peribadi dan bukannya blog rasmi Prudential BSN Takaful Berhad. Subjek yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan blog ini secara langsung ataupun tidak langsung. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan penulis untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"

F.A.Q


1. Apa dia PruBSN Link Series?

Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.
  1. PruBSN FirstLink(untuk umur 19-25 tahun)
  2. PruBSN TakafuLink(untuk umur 26 tahun dan ke atas)
  3. PruBSN SmartLink(untuk umur 1-18 tahun)
Ketiga-tiga komponen ini mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih, disebabkan ada elemen pelaburan.

Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan. Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda atas dana-dana yang anda pilih.

Terdapat 4 dana utama
  • Dana Ekuiti
  • Dana Urus
  • Dana Aman
  • Dana Ekuiti Dinasti



2. Bolehkah nilai tunai yang ada dalam polisi dikeluarkan?

Boleh. Nilai Tunai boleh dikeluarkan, dengan syarat RM1000.00 ditinggalkan di dalam akaun. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential atau melalui agen anda, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.



3. Adakah pulangan dalam Pelan Pru BSN Link Series ini dijamin keuntungannya?

Pulangan tidak dijamin disebabkan ianya dilaburkan ke Dana Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa.



4. Apa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Pru BSN Link Series?

Salinan IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit card.



5. Apakah cara yang ditawarkan bagi pembayaran caruman bulanan?
  • Credit Card
  • Autodebit Bank
  • Tunai/cek
  • Biro Angkasa

Sekiranya terdapat soalan yang lain, anda boleh terus emailkan soalan tersebut ke fadzlihamim@prupartner.com.my, Insyallah, saya akan balas email anda secepat mungkin.