PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.
Nikmati ciri-ciri unik berikut yang disediakan melalui PruBSN SmartLink.
1) Anugerah kecemerlangan akademik
Cemerlang dalam pembelajaran anda dan kami akan MENGANUGERAHKAN anda dengan Bonus EduSmart*. Lebih tinggi sumbangan anda dalam pelan ini, lebih tinggi anugerahnya.
*Contoh pembayaran untuk sumbangan** perlindungan tahunan berjumlah RM1,200
2) Peroleh Bonus Loyalti*
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan** perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.
3) Pilihan pengeluaran dana
Anda boleh membuat pengeluaran daripada dana pendidikan untuk menampung perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Ini termasuk Bonus Loyalti dan Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) yang telah dikumpulkan.
Bagaimana saya boleh membuat tuntutan untuk EduSmart Bonus?
Ia adalah mudah!
- Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.
- Buat satu salinan yang disahkan benar bagi sijil peperiksaan asal anda.
- Serahkan salinan di mana-mana cawangan kami di seluruh negara.
- Selepas ia disahkan, kami akan memberikan anda cek untuk pencapaian anda.
Untuk mengukuhkan lagi pelan, manfaat*** tambahan berikut boleh disertakan untuk mendapat perlindungan tambahan.
Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan
- Sertai Takaful Health2 kami yang inovatif untuk perlindungan kemasukan ke hospital yang menyeluruh dan pembedahan yang memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan jika anda tidak membuat tuntutan untuk tahun tersebut.
- Tingkatkannya lagi dengan Hospital Benefit atau Medical Cover untuk perlindungan tambahan bagi kemasukan ke hospital.
Memastikan perlindungan yang berterusan
- Pilih daripada pelbagai rider penyumbang yang akan membayar sumbangan masa hadapan anda jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.
- Anda boleh memilih untuk mendapatkan Joint Contributor yang baru diperkenalkan yang melindungi anda dan pasangan anda bagi memastikan bahawa anak anda terus mendapat perlindungan.
Bina dana pendidikan anak anda
- Bina dana pendidikan anak anda dengan menyertakan Takaful Saver dan laburkannya dalam dana terurus kami, Takafulink Dana Urus.
- Untuk mengukuhkannya lagi, sertakan mana-mana rider Takaful Saver Contributor kami bagi memastikan dana pendidikan anak anda terus meningkat walaupun anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda.
***Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan.