Disclaimer : "Saya adalah agen berdaftar di bawah Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Blog ini dihasilkan untuk memberi maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia adalah blog peribadi dan bukannya blog rasmi Prudential BSN Takaful Berhad. Subjek yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan blog ini secara langsung ataupun tidak langsung. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan penulis untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"

Proses Kemasukan Hospital

A) Proses Kemasukan Hospital Panel dengan Medical Card PruBSN

Sekiranya anda sakit atau cedera dan didapati perlu merujuk doktor pakar dan dimasukkan ke wad, rujuk prosedur berikut untuk kemasukan ke wad menggunakan 'Medical Card' PruBSN:

  1. Terus ke hospital panel (rujuk panel hospital terkini) dan kemukakan Medical Card PruBSN Takaful di 'admission suite' untuk pendaftaran pesakit
  2. Tunggu proses kelulusan jaminan daripada PruBSN berdasarkan laporan pengesahan benar-masuk oleh doktor hospital panel
  3. Terdapat sesetengah hospital panel memerlukan anda membuat bayaran deposit yang minima (sekitar RM200-RM500)
  4. Pemegang polisi PruBSN dimasukkan ke wad dan menerima rawatan
  5. Setelah pulih dan semasa dibenarkan pulang, hospital akan menguruskan tuntutan bil rawatan secara online kepada pihak PruBSN
  6. PruBSN pemegang polisi menandatangani bil akhir selepas mendapat pengesahan jaminan oleh PruBSN
  7. Pemegang polisi menerima baki deposit atau membayar caj lebihan eg. co-takaful atau lain-lain caj perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan rawatan seperti suratkhabar, perkhidmatan telefon dan sebagainya (jika ada)
  8. Dalam masa 4 minggu, pemegang polisi akan menerima manfaat Elaun Hospital Harian dalam bentuk cek sekiranya bermalam di wad melebihi 6 jam. eg. Sekiranya anda mengambil elaun hospital harian sebanyak RM200 sehari dan anda telah bermalam di wad selama 5 hari, anda akan di bayar sebanyak rm1,000. Manfaat lain yang berkaitan adalah Elaun Cuti Sakit (jika tidak dapat bekerja akibat cedera kemalangan), Elaun Pembedahan (jika terdapat prosedur pembedahan).

Nota penting:
Peserta tidak perlu mengisi apa-apa borang tuntutan jika menggunakan Medical Card, di hospital panel kerana urusan tuntutan akan dibuat oleh pihak hospital panel sendiri. Walaubagaimanapun, untuk bil sebarang rawatan 'out-patient' yang berkaitan hendaklah di bayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian kembali - rujuk ejen untuk info lanjut.





B) Kemasukan Hospital menggunakan 'Guarantee Letter' Majikan

Jika anda pemegang Medical Card PruBSN tetapi ingin bil perubatan anda ditanggung oleh majikan, maka anda juga layak menerima pelbagai elaun-elaun penghospitalan PruBSN seperti di atas. Hanya kemukakan 3 butir berikut kepada pihak PruBSN untuk proses tuntutan:

  1. Salinan resit terperinci bil hospital yang dibayar oleh majikan
  2. Laporan Perubatan Doktor (di isi oleh doktor merawat)
  3. Borang Tuntutan Manfaat Elaun Penghospitalan (di isi oleh peserta)



C) Kemasukan Hospital bukan Panel PruBSN

Anda juga boleh menjalani rawatan di hospital bukan panel PruBSN (eg. Hospital Kerajaan) tetapi mestilah di rawat oleh doktor berdaftar. Anda juga layak menerima Elaun Penghospitalan seperti Elaun Wad Harian, Elaun Pembedahan, Elaun Cuti Sakit akibat kecederaan dan sebagainya.



Nota Penting :
Untuk kemasukan ke Hospital bukan Panel PruBSN, anda di kehendaki membayar segala bil hospital tersebut terlebih dahulu dan kemudian membuat tuntutan bil kembali dengan syarikat Prudential BSN Takaful.Kemukakan dokumen berikut untuk untuk memudahkan proses tuntutan balik (reimbursement) dan rujuk kepada ejen anda kembali.:

  1. Resit asal bil hospital
  2. Laporan perubatan daripada doktor merawat



D) Kemasukan Hospital di Luar Negara

Manfaat perlindungan di luar negara hanya untuk 90 hari pertama bermastautin bagi setiap perjalanan. Tiada sebarang perlindungan sekiranya orang yang dilindungi berada lebih daripada 90 hari di luar Malaysia bagi setiap perjalanan. Jika peserta menerima rawatan perubatan di luar negara, sila kemukakan dokumen berikut untuk membuat tuntutan rawatan luar negara:

  1. Data/maklumat terperinci bagi setiap item pada bil perubatan berserta laporan perubatan doktor merawat di luar negara adalah diperlukan untuk membolehkan proses tuntutan dibuat.
  2. Satu salinan passport untuk mengesahkan tarikh keluar dan kembali ke Malaysia diperlukan.

Nota:
Kadar tuntutan tertakluk kepada kadar yang dibayar berdasarkan kos rawatan yang berpatutan seperti caj yang dikenakan di Malaysia. Sebagai contoh sekiranya peserta menerima rawatan sakit appendiks, eg.
Kos di Negara A : USD7,000
Kos di Malaysia : RM7,000

Peserta akan dibayar mengikut kiraan rawatan berdasarkan kepada kos rawatan di Malaysia sahaja iaitu sebanyak RM7,000.

Anda boleh menggunakan talian International SOS 24jam Hotline (reverse charge) +603-2166 7377 yang tertera di belakang Medical Card PruBSN Takaful MediAssist anda sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan di luar negara negara


Anda boleh menghubungi Hospital Alliance Service PruBSN di talian:

03-211 60228 (Prudential Customer Service - weekdays 8am - 5pm)
03-2053 7188 (PruBSN customer service - office hour)
03-2031 8228 ext. 1050 (weekend & luar waktu pejabat)

Maklumkan kepada agen jika anda memerlukan sebarang khidmat nasihat atau pertolongan mendapatkan panduan tersebut.