Disclaimer : "Saya adalah agen berdaftar di bawah Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Blog ini dihasilkan untuk memberi maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia adalah blog peribadi dan bukannya blog rasmi Prudential BSN Takaful Berhad. Subjek yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan blog ini secara langsung ataupun tidak langsung. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan penulis untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"

Konsep Takaful

Sistem takaful, pada asasnya berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep Ta’awun(saling bekerjasama).Setiap peserta menyumbang berasaskan Tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut amalan dan peraturan Islam di antara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju untuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan. Berpandukan pada semangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu sistem amali yang mementingkan prinsip-prinsip saling bertanggungjawab, saling bekerjasama atau bantu-membantu dan saling lindung-melindungi antara satu sama lain.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakan sifat tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah.