Kami berada di sisi anda apabila anda memerlukan kami dan memberi ganjaran apabila anda kekal sihat. Itu adalah janji yang telah kami tunaikan. Kini, kami memberi tambahan kepada manfaat sedia ada untuk menawarkan pelan perubatan yang lebih berbaloi untuk anda. Memandangkan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat disebabkan rawatan yang lebih maju dan kemudahan-kemudahan yang dinaik taraf, kami telah mereka satu pelan inovatif yang membolehkan anda menerima rawatan perubatan yang terbaik daripada kemudahan yang bertaraf tinggi.
Dengan Takaful Health2, nikmati ganjaran dan pilihan untuk mendapatkan pelan penjagaan kesihatan yang paling komprehensif.
Kerana kami hanya berikan yang terbaik untuk perihal kesihatan anda.
Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK
· Terus nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN
· Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan
· Manfaat Bilik dan Penginapan yang bernilai lebih TINGGI
· Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL
· Perlindungan TAMBAHAN sehingga UMUR 100
Kami beri LEBIH lagi
· Rawatan LUAR NEGARA
· Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan UNTUK KESEMUA PELAN
· NAIK TARAF AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi
LEBIH pilihan dan lebih BERPATUTAN
Pilih dari lima pelan Takaful Health2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah RM100
sebulan, anda pasti dilindungi secukupnya.
Takaful Health2 adalah semua yang anda PERLUKAN
1. Apakah Takaful Health2?
Takaful Health2 adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar
balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar. Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada sebarang tuntutan dibuat bagi tahun tersebut. Anda boleh pilih sama ada ko-takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000.
2. Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2?
Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBSN Link Series.
3. Saya seorang yang sihat. Kenapa saya perlu mengambil Takaful Health2?
Ianya berbaloi untuk kekal sihat! Dengan Takaful Health2, kami akan memberi ganjaran NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. NCB ini akan digunakan untuk membeli unit tambahan untuk Akaun Unit Pelaburan (IUA) anda. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang menanti anda adalah lebih tinggi juga.
4. Bolehkah saya mendapatkan rawatan di luar negara?
Jika anda menerima rawatan di luar negara di bawah pelan Takaful Health2 anda, manfaatmanfaat dibayar mengikut kos-kos rawatan yang berpatutan dikenakan oleh hospital di Malaysia. Manfaat tidak akan dibayar jika anda tinggal di luar negara melebihi 90 hari.
Walau bagaimanapun, batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila anda sertakan10 TH Overseas kepada pelan Takaful Health2 anda. Dengan rider ini, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan atau nasihat di Singapura, Hong Kong, China atau India. Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan kepada caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut. Kami hanya memberi perlindungan untuk kondisikondisi berikut:
• Pembedahan berkaitan dengan kanser
• Neurosurgeri
• Pembedahan pintasan arteri koronari
• Pembedahan injap jantung
• Pemindahan organ (Pemindahan buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, pankreas dan
sumsum tulang)
5. Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan yang anda perlu bayar untuk pelan Takaful Health2 ditetapkan berdasarkan umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.
Bagaimanakah Takaful Health2 berfungsi?
Takaful Health2 ialah rider yang disertakan bersama PruBSN Link Series. Ianya adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr di mana anda menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun anda selepas kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan yang kami sediakan. Perlindungan takaful adalah daripada potongan Tabarru’ anda yang kami tempatkan dalam Dana Tabarru’ dan digunakan untuk membantu peserta-peserta lain yang memerlukannya.