PruBSN FirstLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang memberi anda kebebasan untuk mengubahsuai pelan anda bagi memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat kehidupan anda. Pelan ini juga meraikan pencapaian dalam kehidupan anda melalui ciri uniknya, Bonus AchieveFirst. PruBSN FirstLink adalah sesuai jika anda berumur di antara 19 hingga 25 tahun. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM100 sebulan, anda boleh memilih supaya pelan anda matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun.
Ciri-ciri unik berikut disediakan hanya untuk anda melalui PruBSN FirstLink.
1) Raikan pencapaian peringkat kehidupan anda
Sempurnakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa berikut dan kami akan RAIKAN pencapaian anda melalui Bonus AchieveFirst*. Anda akan menerima RM500 jika anda berjaya melakukan peristiwa tersebut sebelum anda mencapai umur 50 tahun.
Anda boleh membuat tuntutan ini sekali sahaja.
· Membeli rumah pertama anda
· Menunaikan ibadah Haji
· Berkahwin
· Menunaikan ibadah Umrah
· Apabila anak anda dilahirkan
· Memperoleh ijazah pasca siswazah
2) Peroleh Bonus Loyalti*
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan** perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.
3) Perlindungan Berterusan* semasa tempoh sukar
Pelan ini memastikan bahawa perlindungan anda akan berterusan sehingga enam bulan jika anda tidak mampu membayar sumbangan akibat kehilangan pekerjaan.
Bagaimana saya boleh membuat tuntutan untuk Bonus AchieveFirst?
Ia adalah mudah!
- Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.
- Buat satu salinan yang disahkan benar bagi dokumen-dokumen berikut:
Peristiwa : Dokumen yang diperlukan
· Membeli rumah pertama anda : Perjanjian Jual Beli
· Berkahwin : Sijil perkahwinan
· Apabila anak anda dilahirkan : Sijil kelahiran
· Menunaikan ibadah Haji : Visa Haji
· Menunaikan ibadah Umrah : Visa Umrah
· Memperoleh ijazah pasca siswazah : Sijil pasca siswazah
3. Serahkan salinan di mana-mana cawangan kami di seluruh negara.
4. Selepas ia disahkan, kami akan memberikan anda cek untuk pencapaian anda.
Anda boleh meningkatkan taraf perlindungan anda dengan manfaat-manfaat*** tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.
Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan
- Pelan perubatan terkini kami, Medic Essential, adalah satu pelan perubatan yang berpatutan. Ianya membayar balik bil-bil perubatan untuk kemasukan ke hospital dan pembedahan. Pilih daripada 5 pelan yang disediakan mengikut keperluan anda.
- Anda juga boleh mengambil Hospital Benefit untuk pendapatan tambahan bagi kemasukan ke hospital.
Sediakan pendapatan untuk yang tersayang
- Pilih Family Income Benefit komprehensif kami yang akan membantu anda atau keluarga anda dengan menyediakan pendapatan bulanan jika anda disahkan menghadapi penyakit kritikal atau hilang upaya atau meninggal dunia.
Perlindungan terhadap kemalangan
- Pilih daripada tiga manfaat kemalangan utama kami, iaitu Accidental Death & Disablement, Accidental Medical Reimbursement dan Weekly Indemnity.
Tingkatkan dana simpanan anda
- Gandakan simpanan anda melalui pelaburan dengan Takaful Saver sama ada dalam Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti. Dana-dana agresif ini bersesuaian dengan anda jika anda mempunyai toleransi risiko yang tinggi.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
**Ini adalah sumbangan yang di peruntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan(PUA) anda
*** Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan.